Menu Close

Menghadapi Covid-19: Doa-Doa biasa yang Luar biasa

Ustazah Dr. Sakinah Saptu

Saya sering diajukan oleh jemaah Muslimah di masjid tentang doa terbaik yang boleh diamalkan ketika berada dalam situasi penularan virus Covid-19. Menerusi pengamatan saya, antara doa popular yang dikongsikan dan disebarluaskan seiring penularan Covid-19 di sosial media ialah doa Nabi s.a.w yang berbunyi:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئ الْأَسْقَامِ

“Allahumma inni A’uuzu bika minal barashi wal Jununi wal Judhaami wa min sayyi’il asqam”

Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari penyakit sopak, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk” (H.R Abu Daud. Status hadis: Sahih)

Inti pati dari doa tersebut jelas mengandungi permohonan agar dilindungi dari penyakit yang bahaya. Memohon perlindungan ‘dari penyakit yang buruk’ yang disebutkan secara umum dalam doa ini boleh dimaksudkan dengan apa jua penyakit yang berbahaya termasuk virus Covid-19. Ia doa yang sahih dari Nabi s.a.w dan wajar dijadikan sebagai doa harian terutama ketika kita sedang berhadapan dengan situasi genting pada hari ini.

Namun, sedarkah kita bahawa dalam amalan harian kita terdapat doa yang biasa dibaca berfungsi sebagai pendinding dari penyakit berbahaya? Doa-doa tersebut sering kita dengar dan baca setiap hari. Mungkin selama ini, kita sekadar mendengar dan membaca tanpa mengetahui keutamaan yang terdapat dari doa-doa tersebut. Hal itu menyebabkan kita mencari dan bertanya sana-sini tentang doa apa yang seharusnya kita baca. Oleh itu dalam penulisan ini, saya terpanggil untuk berkongsi kepada pembaca antara doa yang mungkin biasa-biasa sahaja bagi kita, tetapi memiliki keutamaan luar biasa.

Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas

Antara doa yang sering kita amalkan ialah membaca surah al-Falaq, al-Nas dan al-Ikhlas. Nabi s.a.w pernah mengajarkan kepada seorang sahabat bernama Abdullah bin Khubaib r.a melalui sabda baginda:

“Bacalah “Qulhuwallahu Ahad” (surah al-Ikhlas), “Qul A’uuzubirabbinnaas” (surah al-Nas) dan “Qul A’uuzubirabbil falaq” (surah al-Falaq) ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka (tiga surah tersebut) akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala sesuatu” (H.R Abu Daud. Status hadis: Hasan).

Dalam kitab Aun al-Ma’bud menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan segala sesuatu dalam doa di atas ialah segala sesuatu yang buruk atau sebab yang seseorang meminta untuk berlindung darinya. Justeru, jelas bahawa surah-surah yang dikenali dengan nama “tiga Qul” tersebut mempunyai keistimewaan sebagai pendinding diri dari keburukan termasuk penyakit berbahaya.

Atas dasar itu, kita dapati Nabi s.a.w juga memberitahu kepada Ibn ‘Abis al-Juhaniyy r.a  bahawa surah al-Falaq dan surah al-Nas adalah sebaik-baik doa perlindungan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasai dengan sanad yang sahih, Nabi s.a.w bertanya kepada Ibn ‘Abis r.a: “Inginkah kamu aku beritahu tentang sebaik-baik apa yang digunakan untuk pendinding bagi mereka yang meminta perlindungan?” Beliau menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Lalu baginda bersabda: “Qul a’uuzubi rabbil falaq (surah al-Falaq) dan qul a’uuzubi rabbin nas (surah al-Nas)” Dua surah ini (H.R al-Nasa’i. Status hadith: Sahih).

Tiga Kali Pagi dan Petang

Selain tiga surah yang disebutkan di atas, doa yang sering menjadi bacaan kita setiap hari ialah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

“Bismillahillazi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi walaa fis samaa’i wahuwas samii’ul ‘alim”

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah yang nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi atau di langit. Dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui.

Nabi s.a.w menyebutkan bahawa sesiapa yang membaca doa ini, tidak ada sesuatu yang boleh memudaratkannya. Baginda bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang hamba yang membaca pada setiap pagi dan petang: Bismillahillazi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi walaa fis samaa’i wahuwas samii’ul ‘alim” sebanyak tiga kali, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya”. (H.R al-Tirmizi. Status hadis: Hasan Sahih).

Dalam Kitab Tuhfah al-Ahwazi menjelaskan bahawa doa ini mengandungi maksud meminta pertolongan kepada Allah dengan nama Allah dari segala yang menyakitkan; musibah yang berlaku di bumi dan yang turun dari langit. Dengan itu, dapat difahami bahawa doa ini sesuai dibaca bagi melindungi diri dari penyakit yang membahayakan kesihatan.

Dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah

Dalam masa yang sama, bukankah kita juga biasa mendengar dan membaca doa “Aamanarrusuul”? Doa ini terdapat di dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ(286)

Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali (285) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (286)

Doa yang sering kita dengar dan baca ini disebutkan oleh Nabi s.a.w sebagai doa yang mencukupkan seseorang. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada satu malam, maka kedua ayat tersebut akan mencukupinya” (H.R al-Bukhari). Menurut Imam ibn Hajar al-Asqalaniy dalam kitab Syarah Fath al-Bari, ada yang berpendapat bahawa maksud mencukupi dalam hadis ini ialah mencukupinya (memelihara) dari segala keburukan, kejahatan syaitan dan menolak kejahatan manusia dan jin. Berdasarkan penjelasan tersebut, kita dapati doa ini boleh dibaca dengan tujuan meminta perlindungan kepada Allah dari keburukan penyakit yang sedang menular di sekitar kita.

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat

Saya yakin doa yang akan saya sebutkan ini juga ialah antara doa yang biasa diucapkan setiap kali selepas solat. Doa yang kita sering panjatkan kepada Allah ini berbunyi:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Rabbanaa Aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil Aaakhirati Hasanah wa qinaa ‘Azaban naar”

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Imam Ibn kathir dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ‘kebaikan di dunia’ dalam doa tersebut meliputi semua kebaikan duniawi termasuk kesihatan. Dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari dari Anas r.a dia berkata bahawa doa ini adalah yang paling banyak dibaca oleh Nabi s.a.w dalam hidup baginda. Bahkan terdapat satu kisah yang diriwayatkan oleh Anas r.a juga bahawa Nabi s.a.w menziarahi salah seorang sahabatnya yang berada dalam keadaan sangat lemah (kerana sakit).

Nabi s.a.w bertanya kepadanya: “Adakah kamu sudah berdoa kepada Allah?” Dia menjawab: “Saya telah berdoa: “Ya Allah, apa yang ingin Kau timpakan kepadaku di akhirat timpakan kepadaku di dunia” Mendengar jawapan sahabat tersebut, Nabi s.a.w pun menasihatkan dengan berkata: “Subhanallah. Kamu tidak akan kuat dengan azab Allah, alangkah baiknya jika kamu berdoa: “Rabbanaa Aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil Aakhirati Hasanah wa qinaa ‘Azaban naar” Kemudian Rasulullah s.a.w mendoakannya lalu dia sembuh (H.R Muslim). Dalam konteks hadis ini, Imam al-Nawawi ketika menjelaskannya dalam Kitab Syarh Sahih Muslim berpendapat bahawa ‘kebaikan di dunia’ bermaksud ibadah dan kesihatan. Justeru, doa ini amat baik untuk terus dibaca dengan sebanyak-banyaknya lantaran ia mengandungi permintaan agar Allah memberikan kepada kita dengan kesihatan yang baik.

Jadilah Muslim yang Baik

Empat doa yang dikemukakan di atas ialah doa harian kita; biasa dibaca sebelum kemunculan virus Covid-19. Doa-doa yang biasa kita panjatkan kepada Allah tersebut, tanpa disedari mengandungi manfaat yang luar biasa. Namun, penting untuk ditekankan bahawa Muslim yang baik bukan sahaja  menjaga hubungannya dengan Allah melalui doa dan ibadah. Dia juga menjaga hubungannya sesama manusia.

Atas dasar itu, di samping kita berusaha berdoa kepada Allah s.w.t setiap hari agar dipelihara dari jangkitan Covid-19, kita juga mempunyai tanggungjawab sosial yang tidak boleh diketepikan. Setiap dari diri kita memikul tanggungjawab bersama bagi membantu negara mengekang penularan Covid-19. Bahkan dalam amalan agama Islam sendiri, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah memberikan garispanduan kepada masyarakat Islam seperti memantau kesihatan, membawa sejadah dan telekung sendiri ke masjid serta jemaah tidak digalakkan untuk bersalaman buat sementara waktu. Justeru, patuhilah setiap aturan bagi kemaslahatan kita bersama.

Ketahuilah, berdoa kepada Allah sememangnya bukti keimanan kita. Namun, jangan lupa bahawa keimanan direalisasikan dengan menjadi Muslim yang baik; mematuhi peraturan dan menjaga kemaslahatan sesama insan.

____________________________________________________________________________________________________________________________

Ustazah Dr Sakinah Saptu, PHd Hadis, Univeristi Kebangsaan Malaysia, merupakan salah seorang asatizah yang memimpin kuliah dhuha di Masjid Yusof Ishak. Dengan membahaskan kitab Fathul Baari, kuliah dhuha berlangsung pada setipa Hari Isnin jam 10 pagi