Bismillahirrahmanirrahim
InsyaAllah, kita akan bersama pada malam raya serta pagi raya, menyambut Hari Raya Haji.
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami mengajak anda untuk memeriahkan dewan masjid ini pada:
Malam Eidul Adha
Sabtu, 10 Ogos dari 6 petang
Kita akan mulakan dengan bacaan Ma’thurat, diikuti dengan Yasin & Tahlil*. Bagi mereka yang berpuasa, kita akan menyediakan Iftar Jama’ie sebelum meneruskan Solat Maghrib.
Ikuti kami untuk takbir sebelum Solat Isyak dan penutup majlis dengan jamuan^
*Jemaah boleh memberikan nama-nama arwah
untuk dibacakan tahlil selewat-lewatnya 12 tgh, hari Jumaat, 9 Ogos.
^Kami menerima sumbangan ikhlas dari segi wang dan makanan.
Untuk solat Raya pula, kita akan bermula pada jam 8 pagi.
Muslimah dimohon agar membawa telekung peribadi. Tempat solat khusus untuk Muslimah adalah aras 1, manakala Muslimin pula aras 2-5.
Mohon sokongan, dan jasa baik anda untuk sama-sama sekeluarga mengimarahkan masjid ini.