• 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚, 𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟐
• 𝐋𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐠𝐡𝐫𝐢𝐛
• 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡: 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥
𝘔𝘢𝘩𝘢𝘴𝘶𝘤𝘪 (𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩), 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘮𝘣𝘢-𝘕𝘺𝘢 (𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥) 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥𝘪𝘭𝘩𝘢𝘳𝘢𝘮 𝘬𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘫𝘪𝘥𝘪𝘭 𝘈𝘲𝘴𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘩𝘪 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘭𝘪𝘭𝘪𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘒𝘢𝘮𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢-𝘵𝘢𝘯𝘥𝘢 (𝘬𝘦𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳𝘢𝘯) 𝘒𝘢𝘮𝘪.𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘋𝘪𝘢 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘯𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳, 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘔𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵.[𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘈𝘭-𝘐𝘴𝘳𝘢 : 1]
Isra’ dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian.
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratul Muntaha.
Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan baik dengan Allah, di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan.
Jadikan pengajaran dan iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj sebagai langkah untuk membersihkan serta membentuk keperibadian kita dengan kembali ke jalan Allah dan meninggalkan perbuatan keji dan sia-sia.
Kerana semasa Isra’ Mikraj, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan.
Kita sebagai hamba Allah , tugas kita bukan sahaja memperingati peristiwa Israk Mikraj ini malah kita haruslah mempraktikkan berdasarkan pengajaran daripada peristiwa Israk Mikraj ini untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT.