Menu Close

Tadabbur Al-Quran: Al-Fatihah & 3 Qul

ilmu

Event details

  • Oditorium Aras 5
  • April 16, 2019
  • 8:00 pm to 10:00 pm

Contact event manager

Tickets details

  • Standard 35 remaining $10
View cart
Thank you Kindly

Tadabbur Al-Quran: Al-Fatihah & 3 Qul

Oditorium Aras 5

8:00 pm to 10:00 pm
April 16, 2019

000000

Tadabbur Al-Quran: Al-Fatihah & 3 Qul

Oditorium Aras 5

8:00 pm to 10:00 pm
April 16, 2019

PRINT

Selasa, 16 April 2019
8.00 malam – 10.00 malam

Auditorium, Aras 5
Masjid Yusof Ishak

Penceramah: Ustaz Zulkiflee Bachik (Pengasas, At-Tartil Consultancy & Services)

 

Pengisian
1. Tadabbur Al-Quran
• Selain dari membaca dan menghafal surah-surah dari Al-Quran, Allah swt juga menyuruh kita untuk bertadabbur tentang ayat-ayatNya.
Apakah yang dimaksudkan dengan tadabbur?
Mengapakah tadabbur Al-Quran itu penting buat golongan manusia?

 

2. Keistimewaan Surah Al-Fatihah
• Al-Fatihah adalah nama surah pertama di dalam Al-Quran, dan dinamakan sebagai Ummul Quran yang bermaksud ‘ibu Al-Quran’. Selain daripada itu, Surah Al-Fatihah juga merupakan
surah yang mempunyai banyak keistimewaan.
Apakah keistimewaan yang terdapat dalam Surah Al-Fatihah, bagi pembacanya?

 

3. Kelebihan Al-Mua’wwizaat (3 Qul)
• Rasulullah saw menyebut Surah Al-Ikhlas sebagai salah satu surah yang sebanding dengan sepertiga Al-Quran. Rasululullah saw juga menyebutkan bahawa orang yang mencintai Surah Al-Ikhlas akan dicintai oleh Allah swt.
Apakah yang dimaksudkan dengan sepertiga Al-Quran? Apakah kaitan Surah Al-Ikhlas dengan aqidah seorang Muslim?

• Rasulullah saw bersabda: “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tiada sepertinya
iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (Surah An-Naas dan Surah Al-Falaq)”

[HR Imam Muslim].

 

Kedua-dua surah ini mengandungi permohonan dan perlindungan kepada Allah. Perlindungan yang bagaimanakah yang terkandung dalam
kedua-dua surah ini? Bilakah waktu-waktu yang sesuai untuk kita membacanya? Dan apakah yang akan diperolehi buat pengamalnya?

Tadabbur Al-Quran itu perlu agar kita dapat menghayati dan mengamati ayat-ayat Al-Quran dengan lebih mendalam, serta dapat beramal dengan lebih keyakinan. Marilah kita jadikan
Surah Al-Fatihah dan Al-Mua’wwizaat ini menjadi doa dan amalan harian kita. Semoga kita mendapat barakah serta perlindungan dari Allah swt dengan amalan ini.