Menu Close

Super 4 Lanjutan: Perkembangan Islam & Kesannya di Nusantara

forumilmu

Event details

  • Oditorium Aras 5
  • April 3, 2019
  • 8:00 pm to 10:00 pm

Contact event manager

Tickets details

  • Standard 49 remaining $10
View cart
Thank you Kindly

Super 4 Lanjutan: Perkembangan Islam & Kesannya di Nusantara

Oditorium Aras 5

8:00 pm to 10:00 pm
April 3, 2019

000000

Super 4 Lanjutan: Perkembangan Islam & Kesannya di Nusantara

Oditorium Aras 5

8:00 pm to 10:00 pm
April 3, 2019

PRINT

Ceramah Super 4: Perkembangan Islam dan Kesannya di Nusantara

Persoalan: Bagaimanakah seorang Muslim itu dapat menjadi produktif dan progresif dengan mempelajari dan menghayati sejarah silam?

 

Sejarah adalah amat penting buat masa hadapan seseorang, masyarakat dan negara. Seseorang itu tidak boleh maju ke hadapan jika dia tidak lihat di belakang.

 

Itulah kepentingan sejarah; menjadi iktibar dan panduan kepada kehidupan kita pada hari ini dan membenahi kekurangan dan kesalahan orang-orang yang terdahulu untuk meraih kejayaan dan kemuliaan dunia dan akhirat.

 

Kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara dan Asia Tenggara adalah salah satu perkembangan yang signifikan dalam sejarah. Kemasukan Islam di sana tidak luput dari peranan Ulama yang telah susah payah menyebarkan dakwah Islamnya. Mereka telah berusaha gigih untuk mengatasi cabaran dan berdepan dengan realiti kehidupan zaman mereka untuk memudahkan pejalanan generasi yang akan datang serta mewujudkan harmonisasi umat beragama.

 

Mempelajari sejarah juga bukan untuk mengimbas kembali kisah-kisah yang lalu dan berduduk diam sahaja. Seperti para sahabat Rasulullah s.a.w, selepas wafat Baginda s.a.w mereka tidak berpangku tangan di Mekah dan beribadah sahaja, malah mereka berusaha untuk memajukan dan mengembangkan agama Islam. Itulah yang diinginkan dan digalakkan. Sebagai masyarakat Islam, usaha kita untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan adalah usaha yang berterusan. Dengan itu, untuk menjadi masyarakat yang dinamik, progresif dan produktif, umat Islam harus mencapai penghayatan serta pengamalan sejarah yang mendalam dan tepat.

 

Untuk mengenal dan mengekalkan keperibadian dan identiti seorang Muslim di Nusantara yang unik serta menghargai jasa-jasa ulama-ulama terdahulu, bagaimanakah boleh kita memupuk dan memberikan pendedahan kepada masyarakat kita tentang kepentingan sejarah? Bagaimanakah datangnya Islam ke Nusantara dan apakah dorongannya dan kesannya?

 

Apakah peranan dan pengorbanan Ulama dalam mendatangkan dan mewujudkan agama Islam di sana yang dapat dinikmati oleh generasi pada hari ini dan masa hadapan?